Soalan Lazim

Soalan 1: Bolehkah saya memperbaharui takaful & roadtax tanpa geran asal?

Boleh. Hanya perlu kemukakan maklumat yang diperlukan seperti Nama pemilik berdaftar, No. Kad Pengenalan, No. pendaftaran kenderaan, Jenama & model kenderaaan dan tahun dikeluarkan.

Soalan 2: Adalah MyJariah.com menawarkan juga perkhidmatan insurans kenderaan?

Tidak. Kami hanya menawarkan perkhidmatan perlindungan takaful yang mematuhi syariah sahaja.

Soalan 3: Bolehkah saya hanya ingin memperbaharui roadtax sahaja?

Tidak boleh. Pihak tuan perlu memperbaharui kedua-duanya sekali iaitu takaful berserta roadtax.

Soalan 4: Bolehkah saya WhatsApp maklumat polisi takaful pada talian Hotline pada waktu malam atau hari cuti.

Boleh. Pihak kami hanya akan memberi maklumbalas kepada tuan pada waktu operasi iaitu daripada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu hingga Khamis). Pejabat kami tutup pada hari Jumaat dan Hari Cuti Perlepasan Am.

Soalan 5: Bagaimana bayaran boleh dilakukan?

Bayaran boleh dilakukan melalui bank transfer,bank in dan online banking. Bayaran tunai boleh dilakukan jika anda berurusan terus di pejabat Jariah Annur Agency.

Soalan 6: Adakah selamat bayaran dilakukan secara bank transfer, bank in dan online banking?

Ya selamat. Pastikan bayaran hanya dilakukan atas nama JARIAH ANNUR AGENCY sahaja melalui akan bank yang dinyatakan Pihak kami akan bertanggungjawab sepenuhya ke atas bayaran yang dilakukan dalam akaun tersebut. Untuk rekod Jariah Annur Agency adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wakil takaful berdaftar dengan Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta MyEG.

Soalan 7: Adakah Pertubuhan Kebajikan Annur dan Jariah Annur Agency melantik pihak ketiga bagi menjalankan perkhidmatan ini?

Ya. Kami melantik RAKAN JARIAH untuk menjalankan urusniaga bagi pihak kami. Walaubagaimanapun urusan pembayaran perlu dilakukan melalui akaun JARIAH ANNUR AGENCY sahaja. Pembayaran tunai kepada RAKAN JARIAH adalah berdasarkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap RAKAN JARIAH itu sendiri.

Soalan 8: Bagaimana roadtax dan polisi takaful dihantar kepada saya selepas pembayaran dibuat?

Pihak kami akan menghantar roadtax dan polisi takaful kepada pihak tuan melalui perkhidmatan pos laju . Roadtax dan polisi takaful akan dihantar pada hari yang sama dan akan sampai kepada pihak tuan mengikut masa yang ditetapkan dalam perkhidmatan pos laju berdasarkan alamat pihak tuan.

Soalan 9: Sekiranya saya tidak menerima roadtax & polisi takaful dari tarikh yang sepatutnya saya terima. Apakah yang patut saya lakukan?

Pihak tuan boleh menghubungi kami dan pihak kami akan mendapat maklumbalas daripada Poslaju serta akan memaklumkan semula kepada pihak tuan.

Soalan 10: Bagaimana sekiranya saya ingin menambah pakej perlindungan yang lain seperti perlindungan cermin dan sebagainya.

Pihak tuan perlu memaklumkan jenis perlindungan tambahan yang dikehendaki kepada kami.

Soalan 11: Adakah boleh saya menukar polisi insurans kepada takaful tanpa menjejaskan NCD kereta saya?

Boleh. NCD kereta tuan boleh dipindahkan daripada polisi insurans kepada takaful.

Soalan 12: Sekiranya berlaku kemalangan. Bagaimana caranya saya boleh membuat tuntutan?

Pihak tuan perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam serta kereta boleh dibawa ke mana-mana bengkel yang menjadi panel dengan syarikat takaful. Seterusnya pihak tuan perlu mengisi & lengkapkan borang tuntutan untuk dikemukakan kepada syarikat takaful dan kereta akan dibaiki selepas mendapat kelulusan tuntutan daripada syarikat takaful.

Soalan 13: Semasa membuat tuntutan takaful dokumen yang manakah perlu disertakan?

Pihak tuan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut :
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan lesen memandu
  3. Salinan geran
  4. Covernote takaful
  5. Laporan polis berserta dokumen lain yang berkaitan.

Soalan 14: Saya difahamkan perkhidmatan memperbaharui takaful kenderaan & roadtax ini adalah satu projek amal untuk mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti kebajikan.

Ya. Ia adalah satu projek amal melalui kerjasama Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur dengan Jariah Annur Agency menjalankan satu kegiatan ekonomi untuk mengumpul dana untuk Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur. MyJARIAH.com adalah sebuah portal yang ditubuhkan oleh oleh kedua-dua pihak tersebut bagi tujuan tersebut.

Soalan 15: Adakah dengan menggunakan perkhidmatan memperbaharui takaful kenderaan & roadtax di MyJARIAH.com , saya turut menyumbang kepada dana aktiviti kebajikan yang diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur?

Ya. Dengan menggunakan perkhidmatan takaful kenderaan & roadatax di Myjariah.com anda secara langsung turut menyumbang kepada dana aktiviti kebajikan ini. Untuk makluman segala keuntungan bersih (setelah ditolak dengan kos operasi) akan disalurkan kepada dana Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur.

Jariah Annur Agency

Jariah Annur Agency adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MyEG.

Waktu Urusan

SABTU - KHAMIS

  • Jam 9.00am - 6.00pm

CUTI

  • Jumaat / Hari Kelepasan Am

Hubungi

   No. 1281-T Tingkat 1, Taman Malid Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

   +6013-2402055

   +60x-xxx xxxxx

   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.